Sunday, August 29, 2010

sabarlah hati




resah gelisah
butir kata tak terucap
diam membisu
kaku!
mahu apakah duhai hati
sebak
tangis tak tercurah
mata menahan
terus diam
bila sendiri
seperti mudah mengukir senyum
saat berdiri menghadap manusia
namun
yang dihati?
ah..
biarkan
dirimu tahu apa yang kau mahu
hatimu mengerti itu
malah Allah jua lebih mengetahui

Benar..
kenapa tidak mengadu saja pada Tuhan
walau setiap yang tersirat itu dalam pengetahuanNya
nyatakan saja
tanda kau memang mahu Dia mendengar rintihanmu
sepertinya kau mahu Dia mengabulkan apa yang kau mahu


Tapi ingat..
Tak semua yg kau impikan itu terbaik
kerana yang terbaik itu apa yang Dia kurniakan
Tahukah kamu??

Jangan mengeluh bila diuji
terasa lemahkah kamu dengan ujian itu?
benar dirimu dan diriku ini kerdil
sungguh amat kerdil
Tapi lupakah..
tak akan dilontarkannya ujian diluar kemampuan
tak akan pernah dizalimiNya hambanya
melainkan diri sendiri yg menzalimi
kau tahu itu bukan?

Sujudlah
saat kau merendahkan diri menghadapNYa
yg akan kau terima bukan kehinaan
malah mulia bagimu
Mengemislah darinya
setelah usahamu tak kesampaian
atau kau buntu dengan pilihan
yakinlah
bukan sia-sia
jika Dia tidak kabulkan
bukanlah itu benci
sememangnya ada sesuatu menantimu
yang terbaik itu
yang dirancangNya
yang ditentukanNya
Sabarlah..



No comments:

Post a Comment